Selasa, 25 Mac 2014

Siapa Kapten Zaharie dari pandangan Juruterbang berpengalaman luar..




Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U. Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.
Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri. Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit. Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.
"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.
"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan."  Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.
"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat." Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi. Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.
"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan. "Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang." Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.
Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran. Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja.
"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit." Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi. "Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus." Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.
Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi." Apa yang ditulis Goodfellow dan ramai lagi pakar di seluruh dunia tetap kekal menjadi spekulasi selagi pesawat MH370 tidak ditemui.
... Itu apa pandangan orang luar yang punya kepakaran atau kebolehan sepertimana yang dimiliki oleh Kapten Zaharie, biarpun beliau seorang Kristian beliau tidak membuat spekulasi yang buruk mengenai Kapten Zahari.. 
Bukan seperti kita sesetengah rakyat Malaysia ni.. bila tahu saja Kapten Zaharie itu adalah Ahli PKR, apa yang dibuatnya semua dipandang negatif walaupun dunia menghargainya.. 
Jadi kesimpulannya.. nak mempolitikkan isu tu biarlah kena tempatnya.. 
Kita sepatutnya bangga kerana anak Melayu yang beragama Islam ini diiktiraf dunia akan kebolehannya bukannya menghina hanya kerana ideologi politik kita berbeza...


akk setuju dengan teori di atas...
artikal ni akk copy paste dr facebook...tapi akk tak ingat siapa punya, akk nak cepat sebab opis akk cukup masa FB dah kena blok..ok...
Jadi jangan ingat akk berfb time keje ye..hanya waktu rehat je akk berfb...


Dasar Lautan Hindi sedalam 10 kali KLCC..


MH370: Mencabarnya, dasar Lautan Hindi sedalam 10 kali KLCC..

MH370: Mencabarnya, dasar Lautan Hindi sedalam 10 kali KLCC
KUALA LUMPUR: Cabaran mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu kini bertambah rumit dengan jangka hayat bateri kotak hitam itu kini hanya mempunyai masa lebih kurang dua minggu sahaja lagi untuk dikesan.

Menurut Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Industri dan Masyarakat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Rizal Arshad, kedalaman lautan Hindi yang mencecah 4000 meter membuatkan misi mencari menjadi semakin sukar.

Beliau membuat perbandingan dimana kedalaman Lautan Hindi adalah sembilan hingga sepuluh kali ganda daripada ketinggian Menara Berkembar Petronas iaitu 420 meter.

“Di sesetengah kawasan kedalamannya mencecah hingga 7000 meter. Kotak hitam itu kini mempunyai masa lebih kurang dua minggu untuk mengeluarkan isyarat sonar.

“Selain itu cabaran seterusnya ialah mengenal pasti lokasi. Kita tidak tahu dimana lokasinya dan dengan dengan Lautan Hindi yang bersifat dinamik dimana ia berubah menyukarkan lagi proses mencari,” kata Dr Rizal.

Beliau menambah, Lautan Hindi merupakan antara lautan yang kuat arusnya selain dasarnya yang kerap berubah.

Oleh itu menurut beliau jika kotak hitam tersebut bergerak atau dilitupi pasir di dasar laut, ia akan merencatkan isyarat yang boleh diberikan.


Selain itu, kekangan teknologi juga antara faktor yang memberi cabaran kepada pasukan mencari dan menyelamat meneruskan usaha mereka.

Lautan Hindi atau juga dikenali sebagai ‘Lonely Ocean’ amat jarang dikunjungi pedagang untuk belayar di kawasan tersebut.

Menurut Dr Rizal, rata-rata teknologi yang ada kini hanya boleh mengesan objek sedalam 500 meter sahaja dimana beliau mencerminkan Lautan Hindi sebagai lautan yang ‘ganas’.

“Isunya ialah menggunakan kapal untuk kita menggunakan teknologi sonar, iaitu tenaga bunyi untuk melakukan pemetaan di dasar laut. Kapal-kapal ini kebanyakkannya hanya boleh melakukan pemetaan pada kedalam 1000 meter sahaja,” katanya.


Sementara itu, beliau turut membuat perbandingan antara misi pencarian pesawat Air France 447 yang terhempas di lautan Atlantik pada 2009 dengan kehilangan MH370 dimana menurutnya ia amat berbeza.

“Kotak hitam tidak direka untuk menahan tekanan yang besar dalam lautan dengan kedalaman melebihi 4000 meter. Dalam kes Air France 447, mereka tahu lokasi pesawat itu terhempas, tetapi kita tidak tahu dimana MH370 berada.

“Disebabkan mereka tahu lokasi Air France 447, jadi ini telah memudahkan mereka untuk menggunakan segala jenis teknologi yang ada untuk mengesan kotak hitam pesawat tersebut,” kata beliau semasa menjadi tetamu dalam program bual bicara Agenda AWANI pada Jumaat.

Read more at: http://www.astroawani.com/budget/news/show/mh370-mencabarnya-dasar-lautan-hindi-sedalam-10-kali-klcc-32290?cp

odah...
semoga segalanya di permudahkan...
Insyaallah...

Rabu, 19 Mac 2014

telur punya hal...


Tempat kejadian :NSK Kuchai Lama (bhgn telur)
Masa Kejadian    :9.30 pm (18/03/2014)

Sambil si chinta memilih kacang soya yang bercampur2 dgn kacang lain....
dah la nak beli banyak...akk pegi la nak ambik telur....
Akk ambik telur gred B 2 tray...ditempat yang sama....sambil tunggu giliran budak2 myamar tu ikat  telur akk ada  kapel tanya budak myamar yg sedang ikat telur tu..si tukang tanya tu bukan warganegara...
pembeli :berapa harga telur ni?,,,
myamar :harga ada di atas...
Pembeli :satu tray berapa harga..
myamar :harga ada di atas ..tengok saje di atas..(nada tinggi)

dalam hati akk bercakap..sama je begong...yg si tukang beli tu dah ada tulis tanya lagi banyak kali...
yang si budak myamar tu pun satu ..cakap je la apa susah sangat...bagi tau tu pun tak boleh...teruk sangat ke nak ikat tray telur tu..(akk akui la..akk pun tak pandai nak ikat tray tu..)
sambil tu si myamar tu ikat telur akk yang 2 tray tu berasingan...

akk        :kenapa tak ikat sekali tray tu..kenapa asing..
Myamar:Tak boleh ..telur ni lain2 gred...satu B..satu C
akk        :tapi I ambik tempat yang sama...satu tingkat lagi...
Myamar:Bukan...telur ni tak sama la...tengok  je saya tau saiz B ke saiz C..
               (nada marah)

dalam hati akk berkata kau dah kenapa nak marah2 aku...& akk nak mempertahankan kebenaran...

akk        :I ambik di sini (sambil tunjuk tempat akk ambik)..satu tingkat lagi..
Myamar:mana.mana..dekat mana..(sambil ikut akk..nada pun masih lagi tinggi)
akk        :( hilang sabar) kau ni dah kenapa nak marah2 org..
                 aku ambik 2 2 telur di tempat yang sama..sapa yang mencampurnya..
                 korang punya kerja la kan...
                 pas tu nak marah2 org ambik telur salah...
Myamar :ok la..ok lah..ambik la satu  tray lagi gred B..

Si myamar ikat telur akk terus bagi kat akk..akk tenung je dia...si myamar ni langsung tak angkat muka...kenapa malu..masa kau marah org tadi kau tak ingat..org yang kapel tadi tu tanya kau elok2 pun kau nak marah...nasib la diorang tak marah kau balik..
kau nak marah2 kenapa ..penat ..banyak keje..akk lagi penat kau tau tak.. nasib kau baik sebab
akk tak pegi ngadu kat kau punya ketua ...
untuk pengetahuan korang myamar tu pempuan ye..
ambik je telur terus g kat si chinta..ngadu terus..biasa la ngadu  pu buakan dapat apa pun ,,,
sabo je la..janji akk luah kan..

akk geb/odah
pelangan sentiasa betul ye..






Khamis, 13 Mac 2014

Selasa, 11 Mac 2014

Isnin, 10 Mac 2014

sekadar berkongsi cerita...



Pengalaman Ngeri Rakyat Malaysia

http://1.bp.blogspot.com/-tFSA8wHjJhQ/UuRa0aqvPgI/AAAAAAAAGNU/ndLUkZn43Gw/s1600/Pengalaman+Ngeri+Di+Segitiga+Bermuda+2.jpg


Tanggal 8 April 2006 adalah hari yang paling diingati dalam sejarah kerana pada hari itulah aku ditugaskan untuk cover kapal kargo milik malaysia selendang ayu. pada hari itu juga adalah pengalaman pertama utk tugasan cover kapal kargo kerana banyak kejadian lanun yang menghantui pelayar-pelayar dari malaysia Apabila tugasan di mesir sudah tamat pihak SIB diberi tugasan baru dan Major ravi telah mengarahkan aku,bahtiar dan ramzul utk mengendali kes ini. Apabila kami ditugaskan tanpa membuang masa kami terus bersiap utk ke pelabuhan labuan dimana tempat kami akan berlepas. perjalanan menaiki helikopter milik ATM Augusta 109E lancar tanpa sebarang masalah.

petang menyinsing dan ketibaan kami disambut baik oleh krew kapal kargo selendang ayu yang difahamkan akan berlayar ke bahamas utk penghantaran perubatan dan keperluan bantuan mangsa ribut disana. pihak Malaysia begitu perihatin utk membantu walaupun bahamas adalah dibawah pemerintahan amerika namun atas dasar keperimanusiaan kerajaan kita tetap membantu.

aku,ramzul dan bahtiar di bawa ke dok yang menjadi tempat berehat yang berkeluasan 30 kaki dan berkatil tingkat hmm..bolehla walaupun bukan 5 star selesa la jugak. tapi salah seorang kene la tidur di lantai berlapikkan kain saja dan orang itu adalah aku sebab memang dah biasa dengan lantai-lantai ni. aku termenung seketika diatas tilam tempat bahtiar berbaring ramzul diatas pon tgh berbaring keadaan aku yang termenung itu disedari bahtiar lalu dia menegur. “weh apsal ko termenung bro”? sapa bahtiar sambil menolak bahuku. “Aku bukan apa aku hairan kenapa sampai nak kene cover kapal ni cube kamu tengok tadi ramai yang jadi pak guard depa senjata pon ada. jawab aku dengan penuh hairan. “Entah la aku pon pelik juga kenapa kita nak terlibat sekali kalau dah ada yang cover kapal ni”? sampuk ramzul yang aku dan bahtiar ingat dah bermimpi indah. tiba-tiba bahtiar menempik dalam nada yang sederhana “weii.. bukan ke kalau nak ke bahamas to kene lalu segitiga tu baru sampai sana”? “ha ah la mesti kene lalu segitiga setan tu..ahh sudah menyesal la pulak aku join cover ni” kata ramzul.

Aku hanya boleh membisu dan berfikir. Benar kata-kata bahtiar memang kapal ni akan melalui segitiga bermuda jika mahu sampai ke bahamas.Aku cuma tenteramkan mereka yang nampak gelisah..”segitiga je beb bukan segi empat ke segi lima yang korank risau apehal”? seloroh aku.. “ye la kamu jangan cakap sembarangan dah lalu nanti baru kamu tau penangan tempat tu”. kata-kata ramzul seperti meningkatkan lagi kerisauan bahtiar yang dari tadi seperti gelisah tak tentu pasal. ” dah.. cukup dengan segitiga korank.. ingat misi kita apa disini.. kita lakukan dengan profesional pasal dengan tempat puaka tu memang senjata kita tak lut pada mereka tapi apa guna kita ada Allah yang maha Esa? sekuat2 mana jin yang ada didunia ni tidak tertanding kuasa yang Allah ada.. tadah tangan kita mohon dengan penuh yakin pasti Allah tidak akan biarkan hambanya yang didalam kesusahan” madah aku dengan penuh yakin.

Perjalanan kami ke bahamas berjalan hampir 3 minggu lamanya kerana kapal ini kerap singgah di pelabuhan-pelabuhan utk mencari bekalan makanan dan pelepasan dari negara-negara yang telah kami masuki utk memastikan apa yang kami bawa bukan barang2 haram yang boleh membawa ancaman kepada negara-negara tersebut. apabila tiba di setiap perairan ada saja tentera marin ataupon penguatkuasa laut yang datang utk memeriksa. jika ada keraguan kapal kami ditahan sementara utk pengesahan.

Apabila kapal kami tiba di lautan atlantik satu detik hati yang begitu risau apabila melihat sekitar lautan yang tiada pulau bermakna kami berada di tengah-tengah lautan atlantik yang luas dan menurut kapten kapal inilah dia laluan segitiga bermuda. bahtiar dan ramzul seperti kerisauan melihat sesama sendiri. ketika berada di bilik kawalan kapal saya bertanya kepada kapten yang bernama zulfakar. ” apa… kapten tak berasa risau melalui laluan ni”? tanyaku dengan penuh berani.

“ini pertama kali saya mengikuti laluan ni… sebelum ini kawan saya yang juga kapten kapal bernama john barios penah melalui laluan ini dan selepas dia menghantar barang di miami sesampainya beliau di pelabuhan para petugas menemui hanya dia seorang sahaja di atas kapal yang lain telah tiada walaupon semasa belayar sebanyak 30 crew yang menyertai pelayaran itu dari england.. dan beliau disahkan gila kerana setiap saat beliau mengatakan ada makhluk ganjil yang sedang mengganas di pertengahan laut atlantik seperti menunggu utk membaham kapal-kapal yang melalui laluan ini. sebab itulah saya juga mencari jawapan segala kebenaran yang dia katakan” kata beliau dengan nada yang sedikit kesedihan.

aku terdiam dan hanya menghayati kesdihan kapten zul yang benar2 terasa dengan apa yang terjadi dengan sahabatnya itu. aku kembali ke bahagian tengah kapal dan melihat ke ke lautan yang sedikit berkabus. sut yang kami pakai mengelakkan daripada terasa kedinginan yg melampau tatkala angin lautan atlantik yang melanda sekala sekala deras.

ramzul dan bahtiar sudah melakukan rondaan sekeliling bersama dengan pasukan keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan kapal ini. kebanyakannya melayu dan seorang adalah berbangsa sigh. dalam penghayatan aku di lautan tiba2 bahtiar menggoncang bahuku dengan laju ”weiii.. korang nampak tak kat sana?” tuju jari bahtiar ke selatan laut. aku dan ramzul pantas melihat.. namun aku dan ramzul tak dapat melihat apa2 kecuali kabus yang semakin tebal dan hitam. ”mana taka ada apa2 pon” pintas ramzul. ”ada aku mmg nmpak tadi” yakin kata2 bahtiar itu. ”apa yang kamu nampak” kata ku. ”aku nmpak kapal” jawab bahtiar. “Ahhh.. kapal pon mau kecoh ka? biasa la kapal memang lalu sini” pintas ramzul lagi. ” takk.. aku nampak kapal zaman portugis” yakin bahtiar lagi. ”biar betul kamu ni bahtiar”? tanya ku dengan penuh kepastian.

Aku sekali lagi mengamati betul2 apa yang bahtiar katakan, mataku melihat sekeliling apakah benar dakwaan bahtiar tadi, kabus semakin lama semakin tebal dan hitam. tiba2 mataku terpandang satu objek di selatan laut yang berada di dalam kabus2 semakin lama semakin objek itu menampakkan diri dan sah ianya sebuah kapal perang lama.. ”ramzulll.. minorrr” jerit aku meminta ramzul teropong. ramzul segera memberi padaku beliau pun sudah dapat melihat kapal tersebut. aku melihat kapal tersebut dengan teropong.. semakin lama semakin dekat dan apabila ternampak satu nama dikapal tersebut aku terus diselubungi keresahan.. mana taknya nama kapal tersebut dikenali sebagai SANTA MARIA kapal perang yang pernah dinaiki oleh kapten columbus pada tahun 1492 dan pernah melaui perairan atlantik ini utk mendarat di bahamas.
Hati aku sekali lagi berdegup detap apakah ini realiti kerana apa yang ternampak dimata disaksikan juga oleh para krew kapal yang lain.. mereka semua terpegun dengan kapal yang sudah berusia beratus lamanya belayar setara dengan kapal yang sedang kami naiki ini.. bahkan dari tadi kami rasakan seperti kelajuan kapal yang berada 500 meter dari kapal kargo kami ini setara sahaja. sekali lagi teropong diarah ke kapal berusia beratus tahun itu dengan tujuan ingin melihat penghuni dan crew kapal tersebut apakah ada penghuninya. tiada nmpak sebarang kelibat manusia pun didalam kapal tersebut.
Tiba-tiba siren kapal kargo kami kedengaran.. aku pantas naik ke dek pengemudi yang melihatkan kapten zulfakar dalam keadaan cemas.. ”apa yang terjadi kapten”? “entahlah saya tak pasti tetapi tadi saya ternampak seekor binatang yang besar sedang melintas didepan kapal seperti dinosour tengkuknya panjang dan pantas menenggelamkan diri” kata kapten zul. aku melihat kembali di luar.. kapal santa maria itu masih ada dan seiring dengan kapal ini. Awan tiba2 gelap di depan kami seperti ada ribut yang mahu melanda petir sekali sekala menyambar disertakan dengan guruh namun tanda2 hujan tidak kelihatan. Ramzul dan bahtiar kedua2anya seperti terpaku apabila dipanggil nama seperti tiada respon dari mereka.

Aku turun dan membaca bismillah kemudian dihembus kemuka mereka.. alhamdulillah mereka sedar.. ” apa yang kita nak buat ni?” kata bahtiar. angin semakin kencang.. para krew kapal bertempiaran sesama sendiri mencari perlindungan tatakala kapal seperti hilang keseimbangan… para pasukan keselamatan pun bnyak yang tergolek dan kami berpaut di sisi kapal aku melihat kedepan ”ahh kapal ni tak bergerak ni.. kabus itu yang datang menghampiri” kata ku. sebab aku kata begitu kerana melihat di awan terdapat beberapa ekor burung yang tidak bergerak dan masih berada di posisi sama begitu juga kapal santa maria yang seiring dengan kapal kami tidak seperti bergerak langsung. ramzul dan bahtiar masih berpaut dengan senjata masing2 dah jatuh kemana aku pon tak tau dengan keadaan kapal yang tidak stabil. ”ya Allah.. apa yang mahu kamu berikan ini aku dan rakan2 tetap tabah utk hadapinya” kataku di hati kecil”. dengan tak semana2 ada satu gelombang yang muncul didepan kapal merempuh kami dan kesemua krew termasuk aku dan rakan2 tersungkur jatuh dan muntah semuntah2nya ya Allah azab nya keadaan ini seperti nak tercabut nyawa ketika gelombang itu merempuh kapal kami.
Pengalaman Ngeri Di Segitiga Bermuda 4
kilat terus sambar menyambar dan kabus hitam tebal itu semakin hampir baru kami semua krew nak berdiri teguh kembali sekali lagi gelombang itu muncul dan menghentam kami.. Ahhh.. terbaring kembali dan muntah2 kami lagi dan senaknya hanya Allah sahaja yang tahu. aku gagahkan utk berdiri tatkala krew2 yang lain sudah seperti tak mampu utk berdiri termasuk rakan2 ku ramzul dan bahtiar.. aku terus meluru ke dek kapten melihatkan mereka juga dah terbaring dilantai dengan muntah2 yang berselerakan. aku papah kapten zulfakar dan terus kapten itu berkata “cepat AZAN.. tengok tuu” kapten menunjuk jari ke depan ..

Ya Allah kabus hitam itu menyerupai seperti sekujur tubuh manusia yang besar dengan gagah datang kearah kami.. dengan mulutnya terbuka luas seperti gembira mahu menjamah kami.. tatkala itu muncul satu pusiran air laut yang besar dibelakangnya.. hanya Allah yang mengetahui apa yang terjadi kepada kami ini dan hanya dialah sahaja penyelamat kami. Aku memberanikan diri dan terus kedepan kapal mengadap kabus lembaga itu dengan penuh kemarahan yang sedang mara dengan hanya 200 meter sahaja .. kapal ini tak bergerak. tangan kananku ditekup ke telinga dan dengan nafas panjang aku Azan dengan hati yang berserah padaNYA dan berkata hati ku ALLAH MAHA BESAR… ALLAH MAHA BESAR .. biarlah nyawaku diambil lembaga ini dan selamatkanlah nyawa rakan-rakanku diatas kapal ini.. tengahku bertarung nyawa dedepan kapal terdengar pula dibelakang suara yang ramai melaungkan Azan.. wpt.dan apabila didalam kapal itu bergema Azan.. selesai Azan telingaku seperti dengan jelas terdengar dari mana datangnya tetapi dekat di telinga satu ayat berbunyi ” Wa ja ‘alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun ” diulang banyak kali dan sememangnya jelas di anak telinga ini dan dengan sepontan aku mengikutinya dan krew2 yang hampir pon melafazkannya dengan izin Allah segala kabus hitam hilang dari pandangan termasuk kapal santa maria yang berada seiring dengan kami diikuti pula cahaya matahari yang terang seperti menghalau kabus2 hitam itu terus menguasai lautan. pusaran air juga hilang dari pandangan yang terlihat hanyalah sebuah lautan yang membiru. aku melutut kesyukuran dengan peluh membasahi seluruh tubuh menadah tangan sambil berkata ” TIADA SANGSI LAGI ENGKAULAH MAHA PENCIPTA DAN PENYELAMAT KAMI YA ALLAH SYUKUR KEHADRATMU” krew2 yang lain memapahku ke dok kapal kerana menyedari bertapa tidak bermayanya aku.

Keadaan pulih seperti biasa ramzul dan bahtiar seperti tidak percaya dengan apa yang aku lakukan diatas kapal ini dan tak seberapa lama kemudian kapal kami tiba di pelabuhan bahamas dengan penuh cerita yang terjadi dan mereka juga memahaminya melihat situasi kami yang sedikit tidak teruurus.wpt. apabila barang2 kargo di serahkan kami bermalam hampir tiga hari di bahamas macam-macam cerita yang kami dengar dari mulut penduduk itu sendiri perkara yang sama pernah terjadi kepada kapal yang lain dan yang bernasib baik lepas yang tidak akan hilang begitu sahaja. lautan atlantik pernah digelar seperti jalan mati oleh penjelajah lama yang bernama kapten columbus seorang kapten yang pernah mengemudi kapal santa maria yang kami jumpai di tengah lautan atlantik.

perjalanan pulang kami tempuhi dengan selamat apabila kebanyakan krew kapal berwirid dan berzikir. kami juga berjemaah beramai2 ditengah2 kapal bacaan yassin juga tidak terlepas dan apabila dibaca ayat 1-9 yassin itulah dia ayat yang didengar dicelah2 telinga semasa berhadapan dengan musibah yang terjadi. yang baiknya apabila ahli pasukan keselamatan yang berbangsa sigh mahu memeluk islam kerana melihat kebesaran yang benar dari Allah yang maha esa sehingga terbuka pintu hatinya utk memeluk islam. syukur alhamdulillah.. perjalanan kami selamat ke tanah air selepas 3 minggu belayar dari bahamas dan membawa pengalaman yang tak ternilai semasa berada di lautan Atlantik..

ALLAH MAHA BESAR… ALLAH MAHA BESAR.. wassalam…

Sumber dari:
http://gigitankerengga.blogspot.com/2014/02/pengalaman-ngeri-rakyat-malaysia-di.html 



Hanya Berdoa...


Assalam semua
pertama kali dengar berita akk & anak perempuan ak menangis..
waluapun tiada ahli keluarga kami yang terlibat..tapi akk memahami perasan setiap ibu, ayah anak , suami , isteri ,adik kakak abang juga ahli2 keluarga yang terdekat...
Menanti dan terus menanti..mengharapkan satu keajaiban akan berlaku..
mengharapkan satu berita yang pasti walaupun semakin jauh..
Setiap masa sentiasa mendengar berita2 terkini...
Akk tak dapat bayang kan bagaimana perasaan ahli keluara yang paling dekat yang ditempat kan di satu lokasi khas....Ya Allah Ya Tuhan Ku...
Sedangkan kita yang hanya membaca surat khabar, yang hanya menonton berita terkini pun tak dapat menahan hati dan perasan..ini kan mereka..
Ya Allah kuatkan la hati dan perasan mereka, berila mereka kesihatan yang baik utk terus mengharungi keadaan ini..
Kita sebagai rakyat Malaysia bersama lah berdoa semoga segalanya akan terjawap dan berjalan lancar..

Ok la akk tak dapat menahan perassan akk tika dan waktu ini...sentias sebak...
Yang mampu kami hanya berdoa utk mengharapkan satu yang pasti..
INSYAALLAH...

Jumaat, 7 Mac 2014

hangin semalam tak habis lagi...




Sambungan semalam...
timakasih sebab sokong akk...eehhhh silap...sokong liyanamana...
hahahaha tak abis2 kan...ye la... la ni satu Msia panas dgn HS ni...
pagi ini OTW ke opis Putrjaya melaui haiway MEX ..bukak tingkap keta.. angin debus2 masuk dlm keta...wah syokkk je sambil layan radio..
tetiba dengo berita mengatakan yg HS AKUR dgn liyanamanan yang tidak mahu mohon maaf padanya...HS sedia bersemuka dgn Liyana utk selesaikan segera kes ini...kau dah kenapa HS..dah tak sabo ke nak kahwin..akk senyum sorang2..
memang patut pun...
Sampai opis on komputer...biasa la ofcoz la bkk blog akk kan...pas tu tengok beautifulnara
semalam je dlm masa sehari 6000 like  http://beautifulnara.com/facebook-kami-sokong-liyana-manan-diwujudkan-lebih-banyak-gambar-mesra-hanez-romie-dikongsi/
wowwww..panasss betui ni...
semalam jugak Chef Wan bagi komen yang betui2 kaw...siap sebut betina gatal..ambek kau...
Pas tu lagi banyak gambo2 mesra HS & Mr. R dia di bongkarkan...la ni kenyataan dia di malukan oleh Liyanmanan telah makan diri dia sendiri...
Gambar dia cuti kat pulau..pas tu bergambar kat tepi pantai dekat sampan....mcm2 gambo lagi la..
Akk suka dan akk sokong dgn apa yang REDMUMMY tulis ... http://redmummy.com/2014/03/06/chronology-hanez-suraya-romie-liyana-manan/
memang betui pun...mana nya yang kata kenal 20.dis.2013..
sudah2 la HS... la ni yang nyata kau yang patut mintak maaf..kau yang memalukan diri kau sendiri..bukan liyanamanan...kau yang bukak pekong di dada...
Liyanamana pun dah tanak dgn laki dia..katanya dah banyak skandal laki dia buat..
kau ambik la HS..tapi bio le selesai dulu kes org tu..jangan le kau tergedek2 sibuk ..
macam dah tak sabo2 nak berlaki..
kita tengok apa pulak ceta hari ni...
tengelam ceta anak datok Yusuf  haslam nak kahwin minggu nikan..
dah sihat ke belum dr demam denggi si shamsul nya..ari tu kata nak nikahkat dalam wad hospital..
ape ceta la ni..

akk geb/odah
bila la nak abis...






Khamis, 6 Mac 2014

hangin....





Bukan nak emo...tapi emo la jugak..dari awal lagi akk dah angin dgn hanez ni..
akk mintak maaf la ye kalau ada yang bersedara dgn hanez ni...
kenapa kau nak suruh liyanamanan tu yang mintak maaf dgn dia..
kau sapa.... diva sangat ke..
tak kira la bila kau mula kenal dgn si MR.R tu..
mula2 dulu kau kata pakwe kau tu dah duda...
pas tu baru kata laki orang...
masa tu kau tak ingat...
orang tu belum lagi bercerai...walau pun dalam proses...
kau ambik laki orang tu kau tak mintak maaf...
kau ambik ayah pada budak2 yang tak tau apa2 lagi tu kau tak mintak maaf...
Kau runtuh kan masjid kau tak mintak maaf..
kau berjimba2 kesana ke sini dgn pakwe yang masih status laki orang tu tak nak mintak maaf..
masa bergambo dengan anak2 yg liyanamanan lahirkan tu..
kau tak pikir kan hati dan perasaan seorang ibu...
kau dah dapat si mr.R tu dah la...tak payah la nk suruh si liyanamanan tu buat  PC mcm kau...

nasib Si Chinta belah pada akk bila akk ceta pada dia..
dah berapa hari ni..bila akk ceta2 dgn si Chinta ..mesti akk ceta pasal si hanez ni...
kalau lah si chinta tu berpihak pada hanez..emmmm..tak tau la akk...

Memang la kita ni orang luar ..tak tau apa masalah sebenar mereka suami isteri...
lagi pun kan diorang dalam proses penceraian...
kau tunggu je la..tak payah la nak sibuk2 kesana kemari..bergambo2 dgn anak2 org tu...
confirm ke kau tu dapat kawin dgn si Mr. R tu...
patutnya kau pikir la dulu hati dan perasaan si isteri yang kau berkawan dengan lakinya...
perasaan mak bapak si liyanamanan tu..sedaramara dia..
kau jangan ingat kau je ada maruah..abis tu liyana & family takde maruah ke...
kau kata Liyanamanan dah malukan kau satu msia...
yang kau bergambo pegang2 bontot...pakai hot pants..sampai nampak bontot tu..
kau tak malu...
kau tu pun perempuan...esok lusa takut orang buat kat awak pulak..
kannnnn...
renung2kan dan selamat beramal...
akk geb / odah...
 geram + sedih...


Isnin, 3 Mac 2014

kisah hari ini...


Assalam 
macamana hari anda hari ini..
ewahhhh...
beria nampak..
 hari ini akk sampai opis awal..sampai je kemas2 kan diri ..on komputer..terus pegi beli sarapan..konon2 nak sarapan awal dan nak mula kan keje terus..
dalam pukul 8.30..Si Chinta tipon bagitau yang cikgu sekolah alia tipon  dia...
cikgu kata alia muntah2 kat sekolah & sakit perut...
alamak..alia sekolah kat KL..akk kat Putrjaya..jauh tu...Si Chinta pulak keje..tak boleh k kuar..
Akk suruh dia ambik alia anto balik rumah..nanti akk  ambik kat rumah bawak pegi klinik...
Akk isi borang keluar terus balik ikut MEX je..konon2 nk cepat..tapi mata ni buat masalah la pulak.. mata akk tak boleh nak celek...punya la mengantuk..rasa bwak keta tu ke kiri ke kanan..
Alhamdulillah akk dapat balik dgn selamatnya...takut jugak...
sampai rumah terus bawak alia ke klinik..sampai klinik makkoiiii ramai nya org..
tapi tunggu jugak le...mata ni sememangnya mengantuk...sampai terlelap2 le akk..berapa kali alia kejut kan akk...sampai nurse panggil pun tak dengar..la ni sapa yang sakit akk pun tak tau..
akk sakit jugak ..sakit mata nak lelap je...
sudahnya alia dapat la 2 hari mc... kalau akk yang dapat mc tu kan best...
boleh tido puas2...
sebelum balik rumah singgah Rojak Jln Bellamy..bungkuskan nasi ayam buat alia..
hantar dia balik rumah..pesan suruh makan ubat..akk terus pecut balik ke opis...
sampai opis dah pukui 12.00 tenghari...
Adoiiii letih akk dik..
sampai je keje dah menunggu...
tepat pukui 1 je akk tak lepas kan peluang ..terus lolapkan mato...
kejelobak kejolobo...
buek taik mato...
ni tak sabo nak tunggu pukui ompek setongah..nak balik umah..
nak rehat secukup2nya...
sebona nyo akk balik kampung perak cuti minggu lopeh..anak buah akk nikah .. 
malam tu sampai KLje dah pukul 12.30..kemas itu..kemas ini..gosok pulak baju kojo..baju sekolah dah dokek pukul 2.00 pagi..tu yg mengantuk tu..
Haaa nanti akk ceto pasal anak buah akk yang nikah tu pulak ye...


okkkkk