Rabu, 30 Oktober 2013

Tuah Ayam Nampak Dikaki...Tuah Manusia Siapa Yg Tahu....





PETALING JAYA: Hasrat pelawak Nabil Ahmad untuk membeli sebuah kondominium Antara di Persiaran Gurney, Kuala Lumpur membawa tuah apabila pemaju perumahan itu bersedia memberikan rumah berkenaan secara percuma bernilai RM1.036 juta.

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 29, berkata, pada mulanya dia sekadar ingin bertanya mengenai kondominium yang ingin dibelinya itu tetapi pihak pemaju, sanggup memberikannya satu unit percuma jika dia bersedia menjadi duta perumahan itu.

"Saya terkejut kerana pada asalnya saya sekadar melakukan 'house hunting' dan berminat dengan sebuah unit di kondominium Antara yang bernilai RM600,000 kerana harganya murah berbanding dengan perumahan lain yang agak mahal.

"Selepas membuat perbincangan, tiba-tiba pihak pemaju (Faber Development Holdings Sdn. Bhd) berminat pula untuk menjadikan saya sebagai duta kondominium tersebut selama setahun dan menawarkan sebuah unit bernilai RM1.036 juta secara percuma pada 23 Oktober lalu," katanya.

Tambah Nabil, kondominium tersebut masih lagi dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2016.

Dalam pada itu, Nabil menyifatkan pemberian kondominium tersebut merupakan hadiah terbesar yang pernah diterima sejak bergelar selebriti, lima tahun lalu.

Malah ia juga sebahagian daripada rezeki anaknya, Naera Mikayla yang akan berumur setahun pada 25 November ini.

Sementara itu, Nabil berkata, dia kini bergiat aktif dalam membuat pelaburan hartanah selepas didorong oleh rakan-rakannya dan sudah memiliki tiga buah rumah termasuklah kondominium berkenaan.

"Saya juga banyak belajar daripada seorang lelaki yang hebat dalam pelaburan hartanah bernama Ahyat Ishak.

"Dan setakat ini saya telah membeli sebuah kondominium di Jalan Duta (Kuala Lumpur), dan rumah itu dihadiahkan kepada emak saya. Manakala sebuah lagi di Ara Damansara yang mana di situ saya tinggal bersama isteri (Nazirah Ayub)," tuturnya.

Nabil juga merupakan duta kepada kasut jenama Vans sejak dua tahun lalu.


***sapa nak bagi akk rumah**
 

Selasa, 29 Oktober 2013

Tolong Sebarkan....

 
 
 
 
Jom kita bantu rumah anak yatim ni.. rezeki yang ada kita kongsi-kongsikan bersama ;)

Saya hanya cuba bantu menyampaikan mohon bantuan kpd yg mampu:

Kesian melihat rumah anak yatim & asnaf yg sudah kehabisan beras & makanan 2 hari lepas. Mohon bantuan orgramai sedekahkan beras atau telur utk makanan anak2 disana. Subhanallah

Kpd yg dimurahkan Allah swt rezeki berlebihan, ayuh kita bantu di :

Pusat Jagaan Budi Bistari
Lot 4172, Lorong Serai 13, 
Kampung Sungai Serai, 
48050 Kuang, 
Selangor D.E.

Lokasi GPS : 3^17'00. 03"N    101^31'40 . 54E

Tel: 017-349 4313 (Ustazah Khairul Bariah)
019- 918 9223

E-mel: kbariah@baitulkasih.org.my

Akaun Maybank : 5621 8812 8345 PK Baitul Kasih

MOHON SEBARAN kpd muslimin & muslimat yg lain....

Masya Allah Tabarakallah

Khamis, 24 Oktober 2013

BENCANA EMPANGAN...



ASSALAM..

Salam Takziah
buat semua keluarga yang mengalami bencana di Ringlet Cameron Highland
awal pagi semalam akibat limpahan air empangan Sultan Abu Bakar yang di lepaskan..
memang terkejut...bukan akk saje ..tapi seluruh Malaysia..
Semoga Allah selamat kan mereka semua.....
kita ni kena lah beringat..
walau di mana kita..
benda nak jadi..tetap terjadi ..
dah tertulis..nak buat mcmana..
jsngsn ceta banyak jom kita layan gambo ok....











 
dari gambo je kita dah tau teruk tak teruknya....
kereta pun tergolek2..
Ya ALLAH Ya Tuhan ku...
jauhi la kami dari segala bala bencana dan azab seksaan api neraka...
Aminnnn.

akk Odah..
bersyukur dgn apa yg ada sekarang..

Selasa, 22 Oktober 2013

Al Fatihah..








Salam Takziah buat keluarga Nooreen Nor...
Pelakon era 80 an ni..

Rabu, 16 Oktober 2013

Nak kata apa...






Assalam & Selamat Pagi...
uollsss cuti ke koje...
akk keje...tapi..
tapi..
biar gambar menceritakan segala-galanya
emmmmm...
apa pun tak boleh...









paham kan....

akk geb/odah..
cepat la petang...

Isnin, 14 Oktober 2013

Akk keje dik oiiii...






Assalam dan Selamat petang semua...
dah siap ketupat & rendang korang...
akk ni kat opis lagi...ingat kan dapat le halfday...rupa nya edak...
keje le sampai petang...
balik nanti baru nak bersilat kat dapur...
tak pe la...
lagi pun akk nak masak ala kadar je...tak beria pun...
Rabu tu dah keje balik...
tak ambik cuti pun...
pada yang cuti dan balik kampung tu ingat2 le akk ni ye,...
berhati2 bawak keta masa nak balik semula ke KL...




kepada semua yang kenai akk ...
akk ucapkan selamat hari raya....
pada yang cuti panjang tu selamat bercuti..jgn lupa masuk keje semula minggu depan..
yang balik semula sok lepas beraya berhati2...
ye la dah penat beraya..makan macam2...
perut pun dah kenyang..mata mengantuk...
INGAT!!!!!!!
berhenti kalau mengantuk...





ok bye....


akk odah...
masih di opis...

Jumaat, 11 Oktober 2013

Selesai Sudah....





Assalam 
dan selamat petang semua...
selesai sudah..
UPSR sudah habis
PMR sudah habis
UPSRA pun dah habis hari ni...
 selesai ujian utk tahun ni...

bagi calon-calon PMR..meraka sebenarnya calon terakhir untuk PMR tahun ini kerana tahun hadapan dah takde lagi PMR...
hanya UPSR dan SPM sahaja yang di kekal kan sekarang..

"Tahap pencapaian para pelajar tingkatan tiga akan diukur melalui penilaian Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SBA) apabila Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan pada 2014.
Muhyiddin berkata, selepas tahun 2014, hanya ada dua peperiksaan utama yang dijalankan iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Murid-murid dari Tahap Satu hingga Tahap 5, prestasinya diukur melalui SBA. Begitu juga di peringkat menengah sepanjang tahun pembelajaran yang tidak ada peperiksaan utama, prestasi pelajar diukur berasaskan kepada sistem tersebut," tambah beliau.
Mengulas mengenai pengambilan pelajar asrama di tingkatan empat selepas pemansuhan PMR, Muhyiddin berkata, proses kemasukan itu tetap diteruskan seperti biasa.
Katanya, proses pengambilan kemasukan pelajar di sekolah-sekolah berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains Mara akan dibuat berdasarkan kecemerlangan dan latar belakang pelajar."


kita sama-sama tunggu tahun 2014..macamana SBA t pulak...
biasa la kan satu -satu benda yang  baru tu 
ada kebaikan & keburukannya...
ada yang setuju & ada yang tidak setuju...
apa yang akk harapkan semoga ianya akan  dapat meningkatkan lagi tahap
 pempelajaran buat anak-anak bangsa di masa akan datang...dan bukan membebankan...



akk Odah/geb
harap yg terbaik..



Nasib gelandangan...






5 gelandangan diselamat bomba

Kuala Lumpur: “Ketika kami sedang tidur, saya terasa seperti air mengenai badan dan apabila terjaga didapati air Sungai Klang sudah mulai naik,” kata Shah, 26, seorang gelandangan yang terpaksa berpaut pada tebing tinggi hampir empat jam di bawah Jambatan Warisan berdekatan Pasar Seni, di sini, petang semalam.
Shah seorang daripada lima gelandangan berusia 19 dan 33 tahun yang diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur selepas terperangkap di bawah jambatan berkenaan berikutan air naik dalam kejadian hujan lebat bermula kira-kira jam 3.30 petang.Katanya, dia bersama empat lagi rakan lain pada 
mulanya berdiri di kawasan tinggi dan apabila hujan semakin lebat, paras air sungai naik dan akhirnya mereka terpaksa berpaut pada tebing tinggi.
“Apabila hujan lebat, saya berasa bimbang jika air naik lebih tinggi. Ketika itu, secara kebetulan saya ternampak seorang rakan yang juga tinggal di tempat sama dan menjerit meminta tolong daripadanya.
“Akhirnya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur datang menyelamatkan kami,” katanya.
sumber :harian Metro







akk Odah
bersyukur dgn apa yang ada...


Khamis, 10 Oktober 2013

Kamal Affandi Hashim




Rasanya semua kenal kan kamal affandi hashim..
seorang pemganalisis jenayah yang tersohor...
seorang penceramah yang selalu memberi pelbagai tip2 yang berguna 
bagaimana harus kita menangani jenayah di depan mata kita...
Diam tak diam dah hampir setahun trajedi beliau terpaksa menjalani pembedahan  segera 
kerana penyakit yang hampir2 meragut nyawanya..

Apa nasib beliau selama setahun ini?..
bagaimana kesihatan beliau?..
Adakah selepas pembedahan itu dia terus sihat?..

Diakui sekarang ni jarang2 kita lihat beliau memberikan ceramah..
ada..ada..bukan tak ada..
tapi tahu kah kita di sebalik kecerian wajahnya..
di sebalik hilai ketawanya..
ada tangis yang di sembunyikan...

mari kita sama2 baca luahan hati beliau di dalam blog nya..












TRAJEDI OKTOBER
Hampir setahun yang lalu terlantar menahan kesakitan. Hanya sedikit yang tahu betapa hampir keberadaanku di ambang maut hatta keluarga sendiri sekalipun. Maaf kerana membisu kerana itu lebih baik. Dan seperti biasa, kalaupun jasad dah tak berdaya, senyum kuutus jua; satu buat yang mengharapkan dan satu sebagai tanda redha.

Ya benar rawatan itu berjaya. Cuma berjaya itu tidak ku jelas dari sudut mana kerana khuatir yang menerima tidak mampu menahan hakikatnya. Begini, ia berjaya mengeluarkan diriku daripada zon risiko maut secara mendadak. Ia berjaya menghenti pendarahan dalaman yang lebih bahaya untuk terjadi. Dalam lain makna, AVM itu masih ada tetapi stabil.

Bulan2 selepas itu, melonjak diri memaut semangat yang masih bersisa. Banyak yang terjejas dari segi fungsi dan guna. Mata silau dek cahaya, tubuh pantas sahaja lesunya, kulit yang tak sensitif haba. Bahkan ketika mandi, pancur air yang suhunya paling tinggi pun bagiku suam suam sahaja! 

Menginjak setahun, imbangan badan memejam mata merupakan satu siksa kerana aku tidak mampu kini melakukannya. Kalau sebelum ini itu gampang sahaja. Dan sekarang pula, ketika kutitip nukilan ini, kaki kanan dan telapaknya sudah hilang deria.

Masih gagah melunaskan undangan yang diterima, tak siapapun akan menyangka cacat dan cela itu semua. Ku sembunyikan segalanya dengan tekun dan usaha. Tak sanggup menghampakan kepada yang mengharap programnya berjaya. Cuma, kalaulah kau tahu deritanya..

Bukankah lebih baik kau berehat sahaja? Bukankah semakin kau aktif semakin bahaya pada nyawa? Ya, benar. Cuma, aku harus mencari biaya perubatanku. Umum tidak tahu setiap bulan rawatan pemereksaanku besar belanjanya. Bahkan ada yang menyangka sumbangan pernah kuterima masih lagi bersisa dan mencukupi. Dan kini setahun genapnya, rawatan ulangan AVM yang sama akan kulalui semula kerana komplikasiku serius rupanya.

Pernah ada, yang menyangka aku sebutir permata negara, menulis kepada Yayasan Kebajikan Negara kalau2 mereka boleh membantuku. Jawapan diterima -Dukacita..Hakikatnya, aku hanya serpihan kaca. Dan kerana itulah, kerana tidak mahu membebankan sesiapa, aku tidak berehat atau betah menolak undangan saudara saudaraku itu. Biar mati mencoba daripada mati meminta minta.

Alhamdulillah aku masih punya jiwa.

Kamal Fnd Hashim

perkongsian ilmu...




Assalam...
pagi ni akk tertarik bila baca satu blog ni....
tentang peranan ibubapa dalam mendidik anak2...
akk mintak izin untuk copy paste dari blog beliau...

mari kita baca ramai2 dan amal kan...

Anak dan Ibu Ayah

1. Mulakan hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan.

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah anda mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda. Cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatlah sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut ulangtahun kelahirannya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah. Peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu 'real' dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Dalam masa yang sama, mereka akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam dari anda.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Kelak anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka. 20 tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Kain yang putih terpulang kepada anda untuk mewarnakannya. Semuanya di tangan anda. Fikir-fikirkanlah. Nampak mudah tapi sangat bermakna.

Khamis, 3 Oktober 2013

Hidup harus Di Teruskan....


..AsSalam..

Hidup harus diteruskan...
walaupun kita membuat kesilapan pertama bukan bermakna kita terus mengulangi kesilapan  seterusnya...
belajar dari kesilapan yang lepas..itu lah yang terjadi pada  dik Nor ini...
semoga dia berjaya dimasa hadapan...ingat kita ada ibu bapa dan kita ada TUHAN...
apa yang kita lakukan ingat la pada mereka..Insyaalah hidup kita akan tenang

********* 



Apa-apapun gagal sekali dalam hidup bukan bermakna gagal selama-lamanya.Dia yang masih lemah lagi,masih gagah untuk mengambil peperiksaan PMR.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Nor, 15, berkata akibat hubungan terlarang bersama kekasihnya, dia disahkan mengandung setelah perutnya terus membesar.


Remaja terbabit yang bersalin secara normal Ahad lalu, masih dalam keadaan lemah namun tetap bersemangat untuk menjalani peperiksaan.



Menceritakan detik hitam itu, dia terpedaya  dengan pujuk rayu lelaki itu, setelah kekasihnya berjanji akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga dirinya.



“Akibat termakan pujuk kerana kasihkan si dia, saya rela dan tidak sangka hubungan saya bersamanya menyebabkan saya semakin jauh terlanjur sehingga melahirkan anak.



“Ibu dan ayah begitu marah dengan perbuatan saya ini  memandangkan saya masih bersekolah dan mereka dapat tahu selepas melihat keadaan perut saya yang semakin hari semakin membesar,” katanya ketika ditemui semalam.



Menurutnya setakat ini kini kes berkenan mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.


Ya Allah Ya Tuhan ku
Jauhi la keluarga ku dari perkara2 begini...


Rabu, 2 Oktober 2013

Keluarga kami...


ASSALAM.....

Masa mula2 buat blog dulu akk ada la ceta pasal family akk yang tak berapa nak beso ni...
masa tu akk ceta kat blog lama akk 
 http://shahudashafii.blogspot.com/
masa tu adik akk yang bongsu belum lagi kahwin..la ni dah kahwin..dah ada anak sorang pun..
anak buah akk dah ada sorang yang dah selamat mendirikan rumahtangga 
Insyaalah tahun depan sorang lagi kahwin...
cepatnya masa berlalukan...

belah family akk baru sorang anak buah yang dah berkahwin...
kalau  belah  Si Chinta.. ramai yang dah berkahwin...malah dah dapat cucu pun...
ramai oooo cucu akk belah Si Chinta.. ada 44 orang.. korang ado..tak do kan...
dah jadi uwan dah... cuma belum jadi opah je lagi...

Sekarang ni pun dah masuk bulan oktober 2013...
rasa baru je sambut tahun baru...
Insyaalah tahun depan bertambah ramai lagi family akk
bertambah meriah la klau semua balik kampung...
bila malam berebut tempat tido...
hahahaha












Akk Geb/ Odah 
Doakan semoga family akk sentiasa dirahmati dan berkekalan harmoni hingga ke akhir hayat....