Selasa, 30 April 2013

Karnival Semarak Syariah...





Assalam semua...
dah makan ..dah minum...
sabtu lepas akk anak beranak pegi ke Karnival Semarak Syariah 
di Perkarangan Masjid  Negara Kuala Lumpur..
Karnival ni anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Dan berlangsung  selama 3 hari bermula 26/04/2013 ~ 28/04/2013.
macam-macam ada kat karnival ni..
Tujuan akk pegi tu sebenarnya nak buat pemeriksaan kesihatan..
nasib kami baik sebab orang masih tak ramai masa buat periksaan kesihatan tu..
jadinya tak la beratur panjang...


Jabatan Penjara pun buat pameran bergerak..
dalam bas tu je diorang buat pameran..
* motif ambik gambo ni saje je nak tag kat adik akk..
dia ada kat penjara Simpang Renggam Johor..
Opssss bukan sebagai penghuni dalam penjara tu ye...
no...no...no...no
dia keje sebagai warden kat penjara tu...


suka nurse- nurse ni..semuanya ramah ramah belaka...
tak sombong..walau pun panas terik...tetap tersenyum & melayan kami anak beranak
dengan ramah sekali...
* Tag utk adik akk tadi lagi sekali....kalau dia baca stagment akk ni mesti dia bangga gile..
sebab nya bini dia nurse...
hahahhaha...



anak bujang tengah periksa kandungan gula dlm darah...
muka cuak ..sebab tak pernah buat pemeriksaan..


periksa tekanan darah...



akk check kandungan gula dalam darah...ok 
Alhamdulillah..takut juga sebab emak akk ada kencing manis..
nampaknya akk ikut ayah akk..sebab ayah akk ada darah tinggi
akk terlebih satu mata bacaannya..
tapi mungkin  cuaca panas kot....sebelum ni akk periksa kat klinik biasa tak de la pulak..
betui tak...
hehehehe..ayat penyedap hati sebenonya...

lepas buat pemeriksaan kesihatan ni kami anak beranak nak menderma kata kau...
derma darah ..yeeee derma darah..
akk dah derma sebelum ni...
( http://shahudashafii.blogspot.com/2011/04/akhirnyaselamat-sudah.)
 punya la semangat...terus tuju kat tempat derma darah tu..
sampai je isi borang pas tu pegi periksa darah..sebelum tu anak bujang akk tanya dia boleh ke derma darah sebab pernah buat pembedahan...akk suruh dia tanya doktor yang ada kat situ..
orang tak ramai jadi boleh la terus tanya kat doktor tu tak payah nak Q..
rupanya betul ..dia tak boleh derma darah seumur hidup dia..
masa dia darjah 6 dia ada menjalani pembedahan di kepalanya...
ada pembengkakkan di tempurung kepalanya ..terpaksa di buang  dan di ganti dgn plate silver...
semua ceta derma darah..kisah anak akk ni ada akk ceta dalam blog lama akk..
sapa sapa yang sudi jengah2 lah blog yg dh bersawang tu ye...
 ( http://shahudashafii.blogspot.com )
bukan dia je tak boleh derma darah...akk pun tak boleh jugakkkkk..
sabo je la..
kata nya kepekatan darah akk ari tu kurang..jadinya tak boleh la menderma....
punya la kecewa ...
dah tenghari ..perut pun dah berbunyi..semua dah terjah...
kami pun beransur balik cari tempat makan..
perut wajib kena isi...

ok tu je..
bye...



Jumaat, 26 April 2013

Terkini...Berita Sedih..








PUTRAJAYA 26 April -
Timbalan Pengarah Kastam Perkastaman/Cukai Dalam Negeri, Datuk Saharuddin Ibrahim maut selepas ditembak dari jarak dekat oleh penunggang motosikal di sini pagi ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi di persimpangan lampu isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya.
Mangsa yang ketika itu dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja bersama pemandunya telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospiral Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia.
Allahyarham berasal dari Negeri Sembilan dikenali sebagai seorang yang tegas dan berani bersuara.
Sumber :UTUSAN ONLINE




Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das dari jarak oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, di sini.
Kejadian berlaku ketika kereta mangsa bersama pemandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan, apabila dua lelaki menaiki sebuah motosikal tiba-tiba muncul dari belakang dan melepaskan tembakan ke arah mangsa.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpuur, Datuk Ku Chin Wah, berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi ini.
Katanya, ketika kejadian, mangsa dan bersama pemandunya dalam perjalanan dari rumah mangsa di Dengkil ke pejabat beliau di Putrajaya.
“Mangsa dipercayai ditembak tiga das di leher dan kepala,” katanya ketika di sini, hari ini.
sumber :Berita Harian..


apa apa pun TAKZIAH buat ahli keluarga Allahyarham...
semoga mereka tabah mengadapi ujian ini...
kepada si pelaku...Tuhan nampak apa yang anda buat..
ALFATIHAH buat beliau...



Jumaat, 12 April 2013

Gila!!! ingat senang angah nak belanja?...




 









"GILA!!! INGAT SENANG ANGAH NAK BELANJA?

apa motif nya...
hahahahaha.....ni anak buah aku punya kerja...
hujung bulan ari tu kami balik kampung ramai-ramai..
angah mira balik lewat sebab tunggu hasben dia balik keje baru balik...
sampai kampong dah dekat pukunl 1.00 tnghmlm...
tapi kami semua tak tido lagi sebab melayan RUNNINGMAN...
sampai je dia masuk terus ke dapur...
masing2 tak ambik tau sebab dok syok tengok TV..
tetiba dia dok unjuk betul-betul depan mata akk kek tu...anjatttt akk...
motifnya...
rupa2nya dia naik gaji...tu yang dia beli kek tu.
tengok la apa yang dia tulis kat atas kek tu...
macam-macam hal..
apa2 pun tahniah ye angah.dan terimakasih...
moga murah rezeki & cepat timang baby..
nanti boleh belanja lagi...


Gebu kek kau angah...
Akk gebu..







Kisah Ikan...


Assalam
"EEEEeeeeee....geli la...orang tak makan ikan2 sungai ni ..."
"Ok...nak tengok... nanti kalau kau kawin dapat laki yang suka makan ikan sungai,
 padan muka kau..."
"Sorry la..tak kan adanya..."
"masa tu kau nak kata apa..."
"Allaaaa..takde nya..."

Itu antara perbualan akk dengan sepupu akk lebih kurang 20th dulu (mungkin lebih rasanya)
kata2nya menjadi kenyataan...
Akk betul-betul kawin dengan orang yang suka ya amat2 dengan ikan air tawar/ikan sungai
Akk pulak hanya tau makan ikan kembung, ikan jeket(cencaru), ikan pari, ikan keris..
Rasanya tu je...ikan yang jenis besar2 tak tau makan...
ayah akk dulu seorang penjawat awam di Jabatan parit & saliran... 
Ayah akk di tugas untuk menjaga kunci air.....korang tau tak kunci air tu apa...
mai tengok gambo kat bawah...
Haaaa..ni la kunci air...tapi ayah akk jaga 3 pintu punya..besar..yang ni 2 pintu...
Kunci air ni banyak jenis...untuk sawah padi ada, untuk sungai2 kecil ada..
Yang ayah akk jaga antara laut ke sungai...
Masa duduk sini (di sediakan sebuah rumah )kami adik beradik kecil2 lagi..
kami mewah makan udang, kerang, siput sedut, ketam...Tu semua cari sendiri..
semua tu segar2...
Kalau nak tau akk terer tau mcmana nak cari kerang, siput sedut, ketam & tangkap udang..
tapi dulu2 la..la ni mau terkial2...
Tu yang tak pandang ikan2 air tawar ni..(belagak kan..)hahahhaha
tapi bila akk dah kawin, dah ada anak2 ni...emmmmm...semua akk balun...
dapat pulak laki yang suka makan ikan keli, ikan talipia...abis la...
mula2 kawin dulu..balik kampung si Chinta ni susah jugak la nak membiasakan tekak ni nak makan
ikan2 tu.. nasib la akk ni jenis suka mencuba...
Sekarang ni dalam seminggu mesti sekali akan masak ikan keli..anak2 akk suka sangat ikan keli ni...
Akk pun dah tak kisah dah..
Tapi masa nak beli tu akk tengok2 jugak...sapa yang menjualnya..
Biasanya akk beli kat pasar pudu..ada kakak  ni dia berniaga ikan air tawar..dia berniaga anak beranak..
memang dia punya kolam sendiri...memang akk beli dengan dia dari dulu lagi..
kalau di suruh  pilih ikan talipia  dgn ikan keli..akk akan pilih talipia....
Fuhhhhh..kalau dapat ikan talipia merah..lagi best...
 buat goreng cili...sedapnya....

sedapnya ikan talipia merah...
*
*
*



Ikan keli akk makan tapi kurang sikit...tapi anak2 akk suka...
Kiranya dalam seminggu mesti ada la masak ikan keli ni...paling lama pun 2 mggu..
walau pun hanya goreng biasa je...goreng garing-garing...
Tengok diorang layan...



Kalau minggu ni akk buat goreng cili....minggu depannya akk akan bakar pulak...
Yang paling bestnya ikan keli salai masak lemak cili api siap dengan asamnya...
tak kira la asam apa...asam belimbing ke, mangga muda, asam keping pun boleh kalau dah takde asam lain..
Yang ni kegemaran si chinta....anak2 makan tapi kureng sikit...mungkin berkuah kot..tapi tak tau la...


kalau goreng cili...cilinya mesti di goreng garing2...baru best...
kalau akk la...korang akk tak tau la kan...


Ikan keli bakar memang diorang suka...
kalau buat mesti 2 ekor sorang..jadi kena la buat extra ye..
kalau sorang 2 ekor..anak akk ada 4...mak ayah lagi..
emmmmm....


sedapnya..tetiba lapo pulak perut ni...

Timakasih buat si chinta sebab ajo akk makan ikan2 ni semua...
sejak kawin..akk bukan saje dah makan ikan air tawar...
akk pun  dah pandai makan ikan2 besar...macam jenahak, kerapu, ikan merah,tenggiri...
paling best kami anak beranak suka makan kari kepala ikan...
kata orang tak elok makan kepala ikan kan...ye la bukan selalu pun ..
Kari kepala ikan merah...
wowwww...bestnya...


**kalau nak tau sampai la ni akk tak makan daging...bukan nya tak boleh..
   akk ada cuba makan tapi daging tu dok dalam mulut akk je..tak boleh nak telan...
   nak buat macamana....ada petua tak....hahahahaha..

Akk Gebu...
okay...







Jumaat, 5 April 2013

kesaorangan...keseronokan...jangan selalu...






Lepas hantar Alia ke kelas tusyen pukul 7.45 tu..akk terus pegi NSK  sorang2...si Chinta biasa la
dia  ke surau lebih2 lagi hari khamis... nak tunggu dia malas la akk sebab dia balik nnati lepas isyak..
lambat..Alia balik tusyen pukul 10.00..takut tak sempat nak ambik dia..

Barang dapur dah banyak yang takde..akk jadi tak tau nak masak...masuk dapur menung...
Biasa si Chinta yang beli barang2 basah ni..siap cuci simpan elok2 dalam peti ais...akk tau masak je...
kebelakangan ni dia sibuk..balik pun lambat...malas la akk nak bagitau dia...
Tu yang akk pegi sorang2 ke NSK Kuchai Lama..


Nak jadi ceta dlm beg akk ada RM45.00 je...takpe la...kat sana ada ATM..nanti akk cucuk la...
Sampai sana ATMnya pulak rosak..nak beli barang mcmana..Kad tak bawak yang ada kad mybank & kad  Giro..
Nasib akk teringat boleh guna kan antara dua kad tu bermakna akk guna debit la..
sebelum tu akk tanya kan kat kaunter pertanyaan duluuuu..jangan buat hal...kang ambil2 barang nak bayar nanti dia kata tak terima kad debit...tak ke naya.. nasib boleh, selamat akk nooo..
Maka akk pun berbelanja lah dengan aman damainya sorang2...

Mula2 pegi bahagian basah dulu...ambik la apa yang patut...pas tu pegi bahagian kering...
Tiba kat tempat frozen..akk rasa mcm nak ambik semua...bukan apa..naluri keibuan ni kan..
ingat anak ini ..suka makan itu nak ambik..ingat anak itu suka makan ini.nak ambik jugak .
ehhhh   macamana ni.
takkan la ambik semua dan  ikut kan semua selera anak2kan..ambil la juga satu dua..yang boleh di makan sama sama..
tak la membazirkan...contohnya ayamas ni..semua suka..jadi kita ambik la ni kan..
macam tu jugak dengan air vitegen ni..semua boleh minum..okay tak...






memang akk beli yang pek kembar ni...



Siap semuanya yang akk rasa nak beli..terus akk pergi ke Kaunter bayar...satu lagi  masalah..kad akk tak boleh baca pulak...ayolahai..dua2 kad pulak tu...sampai jem la line akk tu..akhir nya datang la sorang budak pempuan ni (Staff la jugak) tolong..bukan apa pun sebenonya mat bangla ni yang tak reti(tak pandai)..
sabo je la akk..cuak jgak mulanya..mana tak nya ,...akk dah siap ambik satu troli penuh barang ..dah scan pulak tu....kalau tak boleh jugak mcmana...mampuihhh..
akhirnya akk dapat balik dengan senang hati..
hahahaha..malu pun ada..
sebelum sampai rumah tengok jam dulu ingat kan dah pukul 10.00mlm..tapi baru pukul 9.15..masih sempat lagi balik ke rumah terus..

Sampai kat rumah si Chinta dah siap tunggu kat bawah..almaklum la rumah atas langitkannnn...
kalau dia tak tunggu akk mau akk campak kan barang2 yang akk beli tu ..hehehehe ada berannnn..
sayang oooo dah beli nak campak2 pulak..dah la banyak rintangan dan halangan nya masa nak beli tu..
sampai rumah anak dara akk tolong kemaskan semua barang yang akk beli tadi..tak payah di suruh lagi dah..mau tak buat kalau nak dengo akk menjerit..garang oooo...hahahhaha..
cuma barang basah je dia letak kat sinki..nanti akk basuh siap2 utk simpan..
buat tu semua dah dekat pukul 10.00...capai tudung & kunci keta terus nak ambik alia pulak...
adohaiiii.. ponek nyawa den...
Tapi akk rasa bangga sangat kalau akk dapat buat semua tu tanpa menyusah kan si Chinta..
Tapi jangan la selalu..sesekali nak jugak la pegi sama2 berbelanja barng dapur,...jangan nak harapkan akk je..kang akk mengamuk kang..haaaaa siap kau...

Malam tu sebelum tido alia siap pesan..."bu sok pagi kalau ibu sempat ,ibu goreng ayam yang ibu beli tu ye"
masa dia cakap tu matanya dah pejam..akk diam je... insyaallah anak ku ..jawap ku perlahan...
touching la pulak...huhuhu..sajo...


  
pinjam gambo Ana suzana ( http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/)
boleh ye ana..akk copy...hehehhe..



Bye 
tu je utk petang ni...




Khamis, 4 April 2013

merapu...




Assalam...

Akk tersedar waktu azan subuh di laungkan...
alamak lambat lagi ke akk...
malam tadi tak leh tido..batuk tahap gaban...
bangun tadi pun tekak terasa perit...sakit..
masih lagi batuk...
bangun terus kejut kan anak_anak
(alamak..ayat skema la plak..)

pikir dulu nak buat sarapan apa..
nak buat nasi goreng..balance nasi sikit tak cukup la pulak..
tengok roti ada...telur pun ada..
ok..buat roti telur sudah..
lagi pun bebudak ni pepagi bukan nya nak makan sangat...
janji ada sikit utk alas perut 
jangan abaikan sarapan pagi..okayyyy
 

 Air....air milo aje...
ok...
tapi akk tak sempat pun nak makan pun..
siap je buat air...terus mandi cepat2
solat..siap2 ala kadar
haaaa tak sampai pun 15 minit..
akk bersiap memang cepat dan pantas...
Salam cium tangan , cium pipi si Chinta terus keluar..
hari ni akk berkongsi keta dgn kawan akk...
si hijau gemok tinggal utk ari ni..
ok..
hari ni sampai opis tepat pada waktu nya yesss..








Rabu, 3 April 2013

Mula OK....lama-lama...



Selamat Petang Semua....
Hari ni ada KAYUHAN PETROTIK 1 MALAYSIA kat Putrjaya
5000 basikal disediakan utk orang ramai...
FREE ye....
makanya kalau dah free tu tau2 je kan ..
orang yg nak basikal ramai...pengurusan pun dah tak terkawal...
tau la apa akan jadikan...
Akk saksikan sendiri mcmana orang ramai berebut2 utk mendapatkan  basikal2 free tu...
kat sini akk tak tau nak salah kan sapa...
nak salahkan pengurusan sepenuhnya pun tak boleh...
kita sendiri ...di mana letaknya nilai2 peribadi kita ...
akk sendiri melihat macamana seorang ibu menyuruh anaknya pergi berebut utk mendapatkan basikal  tu..
Pembahagian basikal yang pada mulanya berjalan lancar akhirnya menjadi kucarkacir bila pihak
pengurusan  mengambil keputusan utk mengangkut semula basikal2 tu semua ke atas lori...
lagi la bertambah kucar kacir..


apa2 pun akk berdoa semoga Kayuhan Petrotik ni berjaya...
Jangan ada yang ambik tapi tak join sekali dah ye..

Apa Pun Tak Boleh...cisssss.....



Alamak ....
tengok jam 6.45....confirm lambat hari ni...capai tpon msge kawan(janji pegi sama  & naik keta dia)
suruh dia pegi dulu...klau tunggu akk ..dua2 lewat nanti..
terus mandi & solat...sebelum solat kejut kan bebudak suruh bangun cepat dah terlambat...sian kan bebudak..mak yang trlewat bangun ..anak2 jadi mangsa...lewat sama..
Nak kuar rumah perut akk pulak buat hal...memulas2..kena la bereskan dulu..
itu ini..begitu begini..berjaya la akk kluar rumah hampir2 pukul 7.30am
masuk kete tengok minyak keta pulak dah abis..adoissss....
singgah shell....lagi satu hal...duit cash plak takde..ayolahai..malang sungguh...
kumpul2 duit seringgit berjaya kumpulkan RM10...hahahahah mcm lawak la pulak isi RM10...
Janji tak berhenti tengah jalan sudah...balik nanti boleh isi lagi...
Sebab lambat punya pasal lupa pasal kad..padahal ada kad...bengong betui...

Kalau dah lambat tu ...bawak laju pun dah tentu akk lambat kan...
baik le akk terus beli sarapan..teringin la pulak nak makan nasi lemak kat uniten tu..
nasib baik ada kakak tu jual..tak la kempunan katanya...

Ni semua gara-gara Lawak Ke Der 2...hampir2 pukul 2 pagi baru akk tido...tu pun tak tengok abis...
Langgan nya pun dah lewat..mcm tak de masa lain nak tengok...si bujang akk la punya idea..
Dia boring punya hal..habis di libatkan semua org...

tapi akk masuk lewat bukan lawak ye..
ya ampun....
esok2 jangan la lewat...
Insyaallah...






Isnin, 1 April 2013

Tak tau ceta apa...lantak la....




Assalammmm....
Tersedar tengok jam 5.30 pagi terus bangun..kalau lelapkan mata confirm terlansung...
masak air...tengok peti ais apa yg boleh di masak...kosong..balik kampung minggu lepas punya hal..
maka peti ais kosong..
tengok bekas telur  ..pun kosong..mesti anak bujang masak telur je sepanjang akk balik kmpng,,,
tak pe mandi dulu & terus sembahyang subuh...sebelum tu kejut akan anak2 suruh mandi..
Terus p dapur semula..tak tau nak buat apa utk sarapan...blurrrr
buat air milo utk bebudak & secawan nescafe utk si Chinta...
sapu roti dgn planta & jem...pas tu ambil tong bahulu..
(nasib semalam balik dari kampung singgah Bahulu Masri yg fames amus kat Sekinchan)
Alhamdulillah tu je rezeki utk pagi ni...


Sampai opis awal ari ni...7.15 am...
nak beli sarapan rasa malas..org takde lg..baru akk je sorang
masuk bilik tanpa buka lampu akk ambik port baek punya terus sambung tido...hahahahaha
baek punya...
nasib sedar sebelum pkui 8.00am...
Patut la akk rasa segar je ari ni...cukup tido rupanya...
 
*Sok nak datang awai lagi la...
tu je nak ceta..baik tak payah...