Selasa, 17 Disember 2013

Mereka bernasib baik kerana tahu hari mati mereka..



Kisah Banduan Tali Gantung Di Penjara Kajang

Banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan. Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas. Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri. Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi. Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam . Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza. Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak. Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat. Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’ Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50. 

HARI PENGGANTUNGAN 
Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan. Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir. Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samuel, ‘Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya. Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir. ‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’. Itu antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat. Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman. ‘Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,’ cerita Samuel. Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan. BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik. Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter. Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara. Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat. Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung. ‘Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah. ‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,’ kata Samuel. Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah. ‘Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

 Sedikit info tentang tali gantung..
Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung. 
Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.
Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.
‘Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh  terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,’ jelas Samuel.
Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan..


Selasa, 3 Disember 2013

Luahan gedik dr hati...




kalau dia marah..aku takut..
kalau dia merajuk ..aku susah hati...
kalau dia membebel..aku rungsing..
kalau dia bertanya macam2...aku lemah..
kalau dia diam....aku risau...
kalau dia sakit...aku tak ketahuan..
kalau dia takde ..aku sunyi..
*
*
*
*
*
*
hari2 jumpa pun sampai kat opis mesti nak tipon dia...
kalau tak tpon pun mesti nak teks dia...
setiap saat.setiap waktu..
tak pernah lupa..
*
*
*
ini semua sebab nyawa aku...
My Chinta...
sahabudin Zakaria...
walauapa pun orang kata...
Walau apa pun rintangan..
walau susah mana pun
 tetap
 setia ke Hujung Nyawa...


Akk Geb / Odah
apo kono kau Odah..
ontah la..
tetibo raso rindula pulak...
ayolahai....
gedik la pulak...

permulaan disember 2013...





 

 
 ASSALAM...
selamat pagi semua...
ni la yang di namakan hangat2 taik ayam...
orang buat blog.. aku buat blog..
akhirnya blog bersawang....
terbio mcm tu je...
pejam celik ..pejam celik dah ujung tahun kan...
macm baru je...
macam cepat je..
*
*
*
takpe lah ..
macamana sekali pun masa tu tetap akan berjalan jugak..walaupun kita kata apa pun..
kita le kena beringat ..jangan alfa..jangan lupa..jangan leka...
masa tidak menunggu kita..
kita yang kena mengejar masa...
Tahun berganti ..umur pun  makin bertambah...
apa yang telah kita buat...
apa yang telah kita capai..
sendiri mau ingat...


akk geb / Odah
pening aaaaa....
 



Khamis, 21 November 2013

"mcm cantik je...mcm comel je.."..di jadikan nasyid...sedap telinga dengar....


Assalam...
haaaa mana tau trending "mcm cantik je...mcm comel je.."dari "Syasya Selero" yang mengundang kontroversi mendapat idea utk amar menjadikan nya sebuah nasyid...
sedap telinga mendengarnya...
kalau lagu nasyid ni popular....syasya pun nanti akan dapat juga tempiasnya...
ingatla..apa yang terjadi pada kita ada hikmahnya,....
belajar dari kesilapan yang kita lakukan...jangan diulangi lagi...
lagi pun syasya pun dah menjelaskan mengapa & kenapa dia buat video tu...
biasa la kita ni terlalu cepat menilai tentang sesuatu yang dianggap ganjil...
okayyy 
jom kita layan nasyid dari amar ni...






Lirik Macam Cantik Je,Macam Comel Je by Amar

Perhatikan keindahan alam dan diri , 
betapa agungnya kuasa ILAHI , 
hebatnya Dia Yang Maha Pencipta , 
SUbhanallah , Alhamdulillah , Allahu Akbar ...

Kecantikan , keindahan yang diberi ,
hanya pinjaman sementara ...
sebagai ujian untuk kita ,
apakah bersyukur atau sebaliknya ..

Macam cantik jeeee ,
macam comel jeeee ,
semua ciptaan ALLAH ..

Macam cantik jeeee ,
macam comel jeeee ,
segala pujian kembali padaNYA ...

Macam cantik jeeee ,
macam comel jeeee ,
indahnya Tuhan ciptakan kita ..

Macam cantik jeeee ,
macam comel jeeee ,
ajaibnya alam semesta 






RAP:
Sesama kita jangan mengata, usah menghina kelak sama tarafnya
Janganlah pula meletakkan diri yang mulia ini pada tahap yang rendah
Menjadi fitnah, kita ada maruah, kita punya amanah
Cantikkan akhlak comelkan peribadi
Ia pemikat hati, ia hiasan diri
Kembalilah kita kepada fitrah kejadian
Keindahan alam dan diri sempurna ciptaan Yang Maha Esa.

BERSYUKURLAH KITA DENGAN NIKMAT-NYA


Di Sebalik Tabir 'Macam Cantik Jer Macam Comel Jer'

Lagu & penerbit: AMAR
Lirik: Magictawau Alif (Magician Sabah)
Senikata rap: AMAR
Senikata tema: Syasya Solero
Susunan muzik, piano, string & pad: AMAR
Gitar: Along Exist
Drum: Ujang Exist
Bass: Kelly
Studio: Ada Exist Studio
Mixing & mastering: Along Exist
Hak cipta: AMAR MAGICAL CONSULTANT AND TRAININGLagu: AMAR
Lirik: Magictawau Alif



comel nya akk odah...
hahahaha....muntah jap... 

Jumaat, 1 November 2013

Lupa Rakaat Dlm Solat...Apa Yg patut di lakukan???.....







Assalam dan selamat pagi semua....
Salam pagi jumaat semua...
Alhamdulillah masih lagi berpeluang oleh NYA
untuk meneruskan kehidupan ini...
pagi ni tak ada ceta apa sekadar nak berkongsi ilmu pagi jumaat ni..
info ni pun akk kongsi dan copy paste dari sorang blog yg akk ikut juga..
tq

http://zamani84.blogspot.com



ok..
harap dpt mambantu teman2 semua
kita hanya insan biasa..

Rabu, 30 Oktober 2013

Tuah Ayam Nampak Dikaki...Tuah Manusia Siapa Yg Tahu....





PETALING JAYA: Hasrat pelawak Nabil Ahmad untuk membeli sebuah kondominium Antara di Persiaran Gurney, Kuala Lumpur membawa tuah apabila pemaju perumahan itu bersedia memberikan rumah berkenaan secara percuma bernilai RM1.036 juta.

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 29, berkata, pada mulanya dia sekadar ingin bertanya mengenai kondominium yang ingin dibelinya itu tetapi pihak pemaju, sanggup memberikannya satu unit percuma jika dia bersedia menjadi duta perumahan itu.

"Saya terkejut kerana pada asalnya saya sekadar melakukan 'house hunting' dan berminat dengan sebuah unit di kondominium Antara yang bernilai RM600,000 kerana harganya murah berbanding dengan perumahan lain yang agak mahal.

"Selepas membuat perbincangan, tiba-tiba pihak pemaju (Faber Development Holdings Sdn. Bhd) berminat pula untuk menjadikan saya sebagai duta kondominium tersebut selama setahun dan menawarkan sebuah unit bernilai RM1.036 juta secara percuma pada 23 Oktober lalu," katanya.

Tambah Nabil, kondominium tersebut masih lagi dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2016.

Dalam pada itu, Nabil menyifatkan pemberian kondominium tersebut merupakan hadiah terbesar yang pernah diterima sejak bergelar selebriti, lima tahun lalu.

Malah ia juga sebahagian daripada rezeki anaknya, Naera Mikayla yang akan berumur setahun pada 25 November ini.

Sementara itu, Nabil berkata, dia kini bergiat aktif dalam membuat pelaburan hartanah selepas didorong oleh rakan-rakannya dan sudah memiliki tiga buah rumah termasuklah kondominium berkenaan.

"Saya juga banyak belajar daripada seorang lelaki yang hebat dalam pelaburan hartanah bernama Ahyat Ishak.

"Dan setakat ini saya telah membeli sebuah kondominium di Jalan Duta (Kuala Lumpur), dan rumah itu dihadiahkan kepada emak saya. Manakala sebuah lagi di Ara Damansara yang mana di situ saya tinggal bersama isteri (Nazirah Ayub)," tuturnya.

Nabil juga merupakan duta kepada kasut jenama Vans sejak dua tahun lalu.


***sapa nak bagi akk rumah**
 

Selasa, 29 Oktober 2013

Tolong Sebarkan....

 
 
 
 
Jom kita bantu rumah anak yatim ni.. rezeki yang ada kita kongsi-kongsikan bersama ;)

Saya hanya cuba bantu menyampaikan mohon bantuan kpd yg mampu:

Kesian melihat rumah anak yatim & asnaf yg sudah kehabisan beras & makanan 2 hari lepas. Mohon bantuan orgramai sedekahkan beras atau telur utk makanan anak2 disana. Subhanallah

Kpd yg dimurahkan Allah swt rezeki berlebihan, ayuh kita bantu di :

Pusat Jagaan Budi Bistari
Lot 4172, Lorong Serai 13, 
Kampung Sungai Serai, 
48050 Kuang, 
Selangor D.E.

Lokasi GPS : 3^17'00. 03"N    101^31'40 . 54E

Tel: 017-349 4313 (Ustazah Khairul Bariah)
019- 918 9223

E-mel: kbariah@baitulkasih.org.my

Akaun Maybank : 5621 8812 8345 PK Baitul Kasih

MOHON SEBARAN kpd muslimin & muslimat yg lain....

Masya Allah Tabarakallah

Khamis, 24 Oktober 2013

BENCANA EMPANGAN...



ASSALAM..

Salam Takziah
buat semua keluarga yang mengalami bencana di Ringlet Cameron Highland
awal pagi semalam akibat limpahan air empangan Sultan Abu Bakar yang di lepaskan..
memang terkejut...bukan akk saje ..tapi seluruh Malaysia..
Semoga Allah selamat kan mereka semua.....
kita ni kena lah beringat..
walau di mana kita..
benda nak jadi..tetap terjadi ..
dah tertulis..nak buat mcmana..
jsngsn ceta banyak jom kita layan gambo ok....











 
dari gambo je kita dah tau teruk tak teruknya....
kereta pun tergolek2..
Ya ALLAH Ya Tuhan ku...
jauhi la kami dari segala bala bencana dan azab seksaan api neraka...
Aminnnn.

akk Odah..
bersyukur dgn apa yg ada sekarang..

Selasa, 22 Oktober 2013

Al Fatihah..








Salam Takziah buat keluarga Nooreen Nor...
Pelakon era 80 an ni..

Rabu, 16 Oktober 2013

Nak kata apa...






Assalam & Selamat Pagi...
uollsss cuti ke koje...
akk keje...tapi..
tapi..
biar gambar menceritakan segala-galanya
emmmmm...
apa pun tak boleh...









paham kan....

akk geb/odah..
cepat la petang...

Isnin, 14 Oktober 2013

Akk keje dik oiiii...






Assalam dan Selamat petang semua...
dah siap ketupat & rendang korang...
akk ni kat opis lagi...ingat kan dapat le halfday...rupa nya edak...
keje le sampai petang...
balik nanti baru nak bersilat kat dapur...
tak pe la...
lagi pun akk nak masak ala kadar je...tak beria pun...
Rabu tu dah keje balik...
tak ambik cuti pun...
pada yang cuti dan balik kampung tu ingat2 le akk ni ye,...
berhati2 bawak keta masa nak balik semula ke KL...




kepada semua yang kenai akk ...
akk ucapkan selamat hari raya....
pada yang cuti panjang tu selamat bercuti..jgn lupa masuk keje semula minggu depan..
yang balik semula sok lepas beraya berhati2...
ye la dah penat beraya..makan macam2...
perut pun dah kenyang..mata mengantuk...
INGAT!!!!!!!
berhenti kalau mengantuk...





ok bye....


akk odah...
masih di opis...

Jumaat, 11 Oktober 2013

Selesai Sudah....





Assalam 
dan selamat petang semua...
selesai sudah..
UPSR sudah habis
PMR sudah habis
UPSRA pun dah habis hari ni...
 selesai ujian utk tahun ni...

bagi calon-calon PMR..meraka sebenarnya calon terakhir untuk PMR tahun ini kerana tahun hadapan dah takde lagi PMR...
hanya UPSR dan SPM sahaja yang di kekal kan sekarang..

"Tahap pencapaian para pelajar tingkatan tiga akan diukur melalui penilaian Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SBA) apabila Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan pada 2014.
Muhyiddin berkata, selepas tahun 2014, hanya ada dua peperiksaan utama yang dijalankan iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Murid-murid dari Tahap Satu hingga Tahap 5, prestasinya diukur melalui SBA. Begitu juga di peringkat menengah sepanjang tahun pembelajaran yang tidak ada peperiksaan utama, prestasi pelajar diukur berasaskan kepada sistem tersebut," tambah beliau.
Mengulas mengenai pengambilan pelajar asrama di tingkatan empat selepas pemansuhan PMR, Muhyiddin berkata, proses kemasukan itu tetap diteruskan seperti biasa.
Katanya, proses pengambilan kemasukan pelajar di sekolah-sekolah berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains Mara akan dibuat berdasarkan kecemerlangan dan latar belakang pelajar."


kita sama-sama tunggu tahun 2014..macamana SBA t pulak...
biasa la kan satu -satu benda yang  baru tu 
ada kebaikan & keburukannya...
ada yang setuju & ada yang tidak setuju...
apa yang akk harapkan semoga ianya akan  dapat meningkatkan lagi tahap
 pempelajaran buat anak-anak bangsa di masa akan datang...dan bukan membebankan...



akk Odah/geb
harap yg terbaik..



Nasib gelandangan...






5 gelandangan diselamat bomba

Kuala Lumpur: “Ketika kami sedang tidur, saya terasa seperti air mengenai badan dan apabila terjaga didapati air Sungai Klang sudah mulai naik,” kata Shah, 26, seorang gelandangan yang terpaksa berpaut pada tebing tinggi hampir empat jam di bawah Jambatan Warisan berdekatan Pasar Seni, di sini, petang semalam.
Shah seorang daripada lima gelandangan berusia 19 dan 33 tahun yang diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur selepas terperangkap di bawah jambatan berkenaan berikutan air naik dalam kejadian hujan lebat bermula kira-kira jam 3.30 petang.Katanya, dia bersama empat lagi rakan lain pada 
mulanya berdiri di kawasan tinggi dan apabila hujan semakin lebat, paras air sungai naik dan akhirnya mereka terpaksa berpaut pada tebing tinggi.
“Apabila hujan lebat, saya berasa bimbang jika air naik lebih tinggi. Ketika itu, secara kebetulan saya ternampak seorang rakan yang juga tinggal di tempat sama dan menjerit meminta tolong daripadanya.
“Akhirnya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur datang menyelamatkan kami,” katanya.
sumber :harian Metro







akk Odah
bersyukur dgn apa yang ada...


Khamis, 10 Oktober 2013

Kamal Affandi Hashim




Rasanya semua kenal kan kamal affandi hashim..
seorang pemganalisis jenayah yang tersohor...
seorang penceramah yang selalu memberi pelbagai tip2 yang berguna 
bagaimana harus kita menangani jenayah di depan mata kita...
Diam tak diam dah hampir setahun trajedi beliau terpaksa menjalani pembedahan  segera 
kerana penyakit yang hampir2 meragut nyawanya..

Apa nasib beliau selama setahun ini?..
bagaimana kesihatan beliau?..
Adakah selepas pembedahan itu dia terus sihat?..

Diakui sekarang ni jarang2 kita lihat beliau memberikan ceramah..
ada..ada..bukan tak ada..
tapi tahu kah kita di sebalik kecerian wajahnya..
di sebalik hilai ketawanya..
ada tangis yang di sembunyikan...

mari kita sama2 baca luahan hati beliau di dalam blog nya..












TRAJEDI OKTOBER
Hampir setahun yang lalu terlantar menahan kesakitan. Hanya sedikit yang tahu betapa hampir keberadaanku di ambang maut hatta keluarga sendiri sekalipun. Maaf kerana membisu kerana itu lebih baik. Dan seperti biasa, kalaupun jasad dah tak berdaya, senyum kuutus jua; satu buat yang mengharapkan dan satu sebagai tanda redha.

Ya benar rawatan itu berjaya. Cuma berjaya itu tidak ku jelas dari sudut mana kerana khuatir yang menerima tidak mampu menahan hakikatnya. Begini, ia berjaya mengeluarkan diriku daripada zon risiko maut secara mendadak. Ia berjaya menghenti pendarahan dalaman yang lebih bahaya untuk terjadi. Dalam lain makna, AVM itu masih ada tetapi stabil.

Bulan2 selepas itu, melonjak diri memaut semangat yang masih bersisa. Banyak yang terjejas dari segi fungsi dan guna. Mata silau dek cahaya, tubuh pantas sahaja lesunya, kulit yang tak sensitif haba. Bahkan ketika mandi, pancur air yang suhunya paling tinggi pun bagiku suam suam sahaja! 

Menginjak setahun, imbangan badan memejam mata merupakan satu siksa kerana aku tidak mampu kini melakukannya. Kalau sebelum ini itu gampang sahaja. Dan sekarang pula, ketika kutitip nukilan ini, kaki kanan dan telapaknya sudah hilang deria.

Masih gagah melunaskan undangan yang diterima, tak siapapun akan menyangka cacat dan cela itu semua. Ku sembunyikan segalanya dengan tekun dan usaha. Tak sanggup menghampakan kepada yang mengharap programnya berjaya. Cuma, kalaulah kau tahu deritanya..

Bukankah lebih baik kau berehat sahaja? Bukankah semakin kau aktif semakin bahaya pada nyawa? Ya, benar. Cuma, aku harus mencari biaya perubatanku. Umum tidak tahu setiap bulan rawatan pemereksaanku besar belanjanya. Bahkan ada yang menyangka sumbangan pernah kuterima masih lagi bersisa dan mencukupi. Dan kini setahun genapnya, rawatan ulangan AVM yang sama akan kulalui semula kerana komplikasiku serius rupanya.

Pernah ada, yang menyangka aku sebutir permata negara, menulis kepada Yayasan Kebajikan Negara kalau2 mereka boleh membantuku. Jawapan diterima -Dukacita..Hakikatnya, aku hanya serpihan kaca. Dan kerana itulah, kerana tidak mahu membebankan sesiapa, aku tidak berehat atau betah menolak undangan saudara saudaraku itu. Biar mati mencoba daripada mati meminta minta.

Alhamdulillah aku masih punya jiwa.

Kamal Fnd Hashim

perkongsian ilmu...




Assalam...
pagi ni akk tertarik bila baca satu blog ni....
tentang peranan ibubapa dalam mendidik anak2...
akk mintak izin untuk copy paste dari blog beliau...

mari kita baca ramai2 dan amal kan...

Anak dan Ibu Ayah

1. Mulakan hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan.

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah anda mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda. Cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatlah sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut ulangtahun kelahirannya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah. Peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu 'real' dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Dalam masa yang sama, mereka akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam dari anda.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Kelak anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka. 20 tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Kain yang putih terpulang kepada anda untuk mewarnakannya. Semuanya di tangan anda. Fikir-fikirkanlah. Nampak mudah tapi sangat bermakna.

Khamis, 3 Oktober 2013

Hidup harus Di Teruskan....


..AsSalam..

Hidup harus diteruskan...
walaupun kita membuat kesilapan pertama bukan bermakna kita terus mengulangi kesilapan  seterusnya...
belajar dari kesilapan yang lepas..itu lah yang terjadi pada  dik Nor ini...
semoga dia berjaya dimasa hadapan...ingat kita ada ibu bapa dan kita ada TUHAN...
apa yang kita lakukan ingat la pada mereka..Insyaalah hidup kita akan tenang

********* 



Apa-apapun gagal sekali dalam hidup bukan bermakna gagal selama-lamanya.Dia yang masih lemah lagi,masih gagah untuk mengambil peperiksaan PMR.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Nor, 15, berkata akibat hubungan terlarang bersama kekasihnya, dia disahkan mengandung setelah perutnya terus membesar.


Remaja terbabit yang bersalin secara normal Ahad lalu, masih dalam keadaan lemah namun tetap bersemangat untuk menjalani peperiksaan.



Menceritakan detik hitam itu, dia terpedaya  dengan pujuk rayu lelaki itu, setelah kekasihnya berjanji akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga dirinya.



“Akibat termakan pujuk kerana kasihkan si dia, saya rela dan tidak sangka hubungan saya bersamanya menyebabkan saya semakin jauh terlanjur sehingga melahirkan anak.



“Ibu dan ayah begitu marah dengan perbuatan saya ini  memandangkan saya masih bersekolah dan mereka dapat tahu selepas melihat keadaan perut saya yang semakin hari semakin membesar,” katanya ketika ditemui semalam.



Menurutnya setakat ini kini kes berkenan mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.


Ya Allah Ya Tuhan ku
Jauhi la keluarga ku dari perkara2 begini...


Rabu, 2 Oktober 2013

Keluarga kami...


ASSALAM.....

Masa mula2 buat blog dulu akk ada la ceta pasal family akk yang tak berapa nak beso ni...
masa tu akk ceta kat blog lama akk 
 http://shahudashafii.blogspot.com/
masa tu adik akk yang bongsu belum lagi kahwin..la ni dah kahwin..dah ada anak sorang pun..
anak buah akk dah ada sorang yang dah selamat mendirikan rumahtangga 
Insyaalah tahun depan sorang lagi kahwin...
cepatnya masa berlalukan...

belah family akk baru sorang anak buah yang dah berkahwin...
kalau  belah  Si Chinta.. ramai yang dah berkahwin...malah dah dapat cucu pun...
ramai oooo cucu akk belah Si Chinta.. ada 44 orang.. korang ado..tak do kan...
dah jadi uwan dah... cuma belum jadi opah je lagi...

Sekarang ni pun dah masuk bulan oktober 2013...
rasa baru je sambut tahun baru...
Insyaalah tahun depan bertambah ramai lagi family akk
bertambah meriah la klau semua balik kampung...
bila malam berebut tempat tido...
hahahaha












Akk Geb/ Odah 
Doakan semoga family akk sentiasa dirahmati dan berkekalan harmoni hingga ke akhir hayat....




Isnin, 30 September 2013

Jadikan Iktibar Atas Apa yg Terjadi....




Assalam...



Walau siapa kita...
Dimana  kedudukan kita...
Apa darjat kita...
Sebesar mana pangkat kita...

INGAT

Orang tua patut kita hormati...
walau apa pun pekerjaan mereka...
*
*
*
*
*
*
*
*
*










Selasa, 30 Julai 2013

Dah tua kau ye Odah....emmmm...

Assalam
selamat berpuasa semua...
adoihai...
semakin malas nak update blog..
ngapa kamo odah..maleh bebeno...
tak tau le ngape maleh sekarghang ni...

Ehhh hari ni 23/07/2013..
today is my beday....
dah tua kau odah ye...tambah satahun lagi...
emmmm...semoga bertambah tahun bertambah le lagi segala amalan dan kebajikan akk kat dunia ni...
semoga kesihatan akk pun baik2 belaka..ye...
hehehhe ucap untuk diri sendiri kau ye odah...tak ngape le...
janji kau tak ngaco orgrang...


 alaaaa....alaaa...tomeinya...

Akk geb/odah...
my heart still young..hehehehe

Isnin, 1 Julai 2013

cepatnya.....



Assalam....
Hari ni dah 01/07/2013....
Jun dah abis....
bermakna dah setengah tahun untuk 2013...
cepat je kan....
Syaaban pun dah pengujung....
Ramadhan tak lama lagi...
cepat sungguh masa berlalu..
Harap-harap Ramadhan tahun ni dapat akk hadapinya dengan sempurna...
Mencuba untuk menyempurnakan solat terawih setiap malam..
juga amalan2 yang lain...
Insyaallah...

Ramadhan tahun ni pun hanya akk bertiga sahaja yang ada kat rumah....
kalau tahun2 lepas berenam...
Si chinta sepanjang ramadhan hanya bekerja malam...
Iqmal & Anis di asrama...
hanya Izhar & Alia sahaja...
Akk dah suruh si chinta tukar ambil kerja siang sahaja...
tengok la kalau dapat...
kalau tak.._*%$%#@$&&$(#!~#@|}}{?><>:
sedihnya.....
ingat kat mak abah kat kampong yaang tinggal berdua je...
mesti diorang rindu & sunyikan...
Rindunya akk kat diorang...
kalau dulu akk tak tau macamana perasaan diorang bila berjauhan dengan anak2...
sekarang ni akk dah faham..
dan akk akan lebih menghargai kasihsayang diorang...






akk geb/odah
selamat berpuasa...

sentap makkk....



AsSalam semua...
nak ceta sikit je...
ada orng cakap...
":ngapa kau masuk ke KPTM.., peluang keje susah..sijilnya tak laku..."
"biar la dia stay form 6..
"kalau pointer ok..boleh apply UPSI...boleh jadi cikgu..."
Haaaaaaa.......
apa perasaan korang bila dengo orang cakap macam tu dengan anak ko..
memang la KPTM ni tak sefemes UITM..POLITEKNIK..UM..UPM..kannnn
Kolej Polytek Mara...tak pe la mungkin dah jodoh anak-anak akk kat situ kan...
tapi kan..sentap mak tau...bila anak akk ceta kat akk mcm tu ...
akk cakap kat anak2 akk..anggap itu satu cabaran buat korang..belajar sungguh-sungguh...
buktikan pada orang yang korang pun boleh berjaya...
Yang penting korang ada semangat utk berjaya...itu je..
Memang la mula tu anak akk yg second tu sambung form 6 sementara dapat mana2 peluang belajar..
sebenarnya dia takde minat nak sambung form 6...kalau dah tak minat nak buat mcmana kan..
takkan kita nak paksa pulak...

24/06/2013 anak yang no.dua lapor diri
25/06/2013 anak yang no.satu lapor diri di tempat yang sama...

bermakna anak akk dua orng masuk KPTM utk kemasukan yang baru ni...
sebenarnya si Iqmal (pertama) dapat KPTM kesedar Gua Musang Kelantan..
si Anis (no. dua) dapat KPTM Cheras je..
19/06/2013 baru dapat tau yang dua2 org ni dapat..
20/06/2013 hari terakhir kena sahkan..dan bayaran pengesahan serta bayaran asrama..
24/06/2013 lapor diri

Mana ada masa nak antar Iqmal ke Kelantan sana...
Hari Khamis tu akk dgn Si Chinta pegi la ke KPTM Cheras tu utk sahkan anis punya
dan buat rayuan petukaran si Iqmal..
Alhamdulillah urusan kami di permudahkan...Aminnnn...
Dapat la Iqmal kat Cheras tu tapi dia terpaksa tukar kos sebab kos yg di tawarkan pada dia di KL ni dah penuh...
Dua2nya akk masukkan ke asrama walaupun KPTM ni dekat dengan rumah kami...
Pada anis tak jadi masalah sebab dia biasa duduk asrama
tapi Iqmal ni ngelabah sikit sebab dia tak pernah duduk jauh dari kami...
Saja je kami suruh dia duduk asrama ..biar dia berdikari sikit...

Sekarang ni dah seminggu diaorang bergelar siswa/siswi....
Dah seminggu diorang berjauhan dgn kami (padahal sabtu ahad lepas dema balik)
Tinggal la akk berempat kat rumah tu...
Akk doakan semua nya berjalan lancar..
Semoga anak2 akk tabah menghadapi segala cobaan dan cabaran yang akan mendatang..
semoga ini akan mematang kan lagi  mereka...
Doa dan restu dari ibu mu ini akan sentiasa mengiringi kelian dalam apa jua hal...
Aminnnn...

 
Akk Geb/ odah
ok jeeee.. 

Selasa, 18 Jun 2013

sweet sangat...i like...




Suka  tengok videoclip ni...
sweet gilerr....
jom layan....